Detroit Electric
Detroit Electric

Detroit Electric

Detroit Electric (1907 - 1939) adalah jenama kereta elektrik yang dikeluarkan oleh Anderson Electric Car Company di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat. Anderson sebelum ini dikenali sebagai Anderson Carriage Company (sehingga 1911), mengeluarkan kereta kuda dan "buggy" sejak 1884. Pengeluaran kereta elektrik, digerakkan oleh bateri asid-plumbum boleh cas semula, bermula pada tahun 1907. Dengan tambahan AS$600.00, sebiji bateri nikel-besi Edison boleh didapati dari tahun 1911 hingga 1916. Kereta tersebut diiklankan sebagai boleh diharap untuk bergerak sejauh 130 bagi setiap kali cas, walaupun ujian sebenar kereta Detroit Electric mampu mencapai jarak 340.1 km untuk sekali cas. Kelajuan maksimum hanyalah 32 km/j, tetapi sudah dikira memadai untuk memandu di dalam kawasan bandar pada masa tersebut.Kereta Detroit Electric selalunya dijual kepada pemandu wanita serta para doktor yang lebih menggemari permulaan serta-merta yang boleh dipercayai tanpa perlu bersusah-payah memulas engkol tangan bagi menghidupkan kereta dengan enjin pembakaran dalaman terawal.Kemuncak pengeluaran syarikat adalah pada tahun-tahun 1910-an dengan jumlah jualan sekitar 1000 hingga 2000 kereta setahun. Menjelang penghujung dekad tersebut jualan Detroit Electric turut dibantu hasil harga minyak petrol yang melambung semasa Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1920 nama syarikat Anderson ditukar kepada "The Detroit Electric Car Company" (Syarikat Kereta Elektrik Detroit) setelah pengeluar kereta tersebut diasingkan daripada perniagaan induk (ia menjadi sebahagian Murray Body) dan perniagaan motor/pengawal.Setelah kereta berenjin pembakaran dalaman yang diperbaharui menjadi semakin lazim dan semakin murah, jualan Detroit Electric merudum pada tahun 1920-an tetapi syarikat terus mengeluarkan kereta Detroit Electric sehingga kejatuhan pasaran saham tahun 1929. Syarikat tersebut diisytiharkan muflis, tetapi telah dibeli dan meneruskan perniagaan pada skala yang lebih terhad untuk beberapa tahun dengan membina kereta hasil permintaan khas. Kereta Detroit Electric terakhir dikeluarkan pada 23 Februari 1939,[perlu rujukan] (walaupun masih boleh didapati sehingga tahun 1942),[1] tetapi pada tahun terakhirnya kereta dikeluarkan pada jumlah yang sangat kecil.Beberapa orang ternama yang memiliki kereta Detroit Electric termasuklah Thomas Edison, Charles Proteus Steinmetz dan John D. Rockefeller, Jr. yang memiliki sepasang kereta roadster Model 46. Clara Ford, isteri Henry Ford, memandu kereta Detroit Electric dari tahun 1908, apabila Henry membelikannya kereta coupe Model C dengan tempat duduk kanak-kanak khas, semasa lewat usia remajanya. Kereta ketiganya ialah kereta Model 47 keluaran tahun 1914.Kereta Detroit Electric boleh dilihat di pelbagai muzium kereta. Contohnya, di Muzium AutoWorld di Brussel, Belgium dan di Altlußheim, Jerman. Sebuah kereta Detroit Electric yang dipulihara dengan cantik dan masih boleh berfungsi, dimiliki oleh Union College, terletak di Edison Exploratorium yang bertempat di Schenectady, New York.

Rujukan

WikiPedia: Detroit Electric http://money.cnn.com/news/newsfeeds/articles/prnew... http://www.detroitev.com http://www.flickr.com/photos/67507070@N00/tags/vin... http://www.forneymuseum.com/DetroitElectric.htm http://www.ktsmotorsportsgarage.com/amelia01/pages... http://biz.yahoo.com/prnews/080902/3730493en_publi... http://sg.news.yahoo.com/afp/20080902/tap-malaysia... http://www.autovision-tradition.de http://www.ctrc.org/projects/trolleys-and-trolleyb... http://www.edisonexploratorium.org/